Mac 21, 2019

Lawatan dari Program Invest Malaysia 2019 Bursa Malaysia ke Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia Utara

DUA PULUH TUJUH pelabur, penganalisis dan pengurus dana dari pelbagai institusi kewangan telah melawat Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia Utara pada 21 Mac 2019. Lawatan ini telah dianjurkan oleh Affin Hwang Investment, sebuah syarikat perbankan pelaburan, sekuriti, pengurusan aset dan pemegang amanah yang terkemuka di Malaysia, sebagai sebahagian daripada program Invest Malaysia 2019 Bursa Malaysia. Para perwakilan diketuai oleh Penganalisis Kanan Pelaburan Affin Hwang, Loong Chee Wei.
Mac 5, 2019

PLANMalaysia MELAWAT TAPAK STESEN MRT AMPANG PARK

Lawatan setengah hari ke tapak Stesen MRT Ampang Park telah dianjurkan untuk PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 5 Mac 2019.
Februari 28, 2019

LAWATAN OLEH DELEGASI BENGKEL URBAN GEOLOGY 2019

Satu sesi perkongsian maklumat telah diadakan untuk delegasi dari bengkel Urban Geology 2019 pada 28 Februari 2019 di Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia.
Februari 28, 2019

MRT CORP MELAWAT GIACC

Dalam usaha menyokong wawasan Kerajaan untuk mewujudkan tadbir urus yang bebas rasuah, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengunjungi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) di Putrajaya pada 28 Februari 2019
Februari 23, 2019

PEMINAT MRT DIHARGAI

Ahmad Wazif, 7 tahun, adalah seorang peminat Transit Aliran Massa (MRT). Beliau tertarik dengan tren dan sering melukis gambar tren pada masa terluang.
Februari 22, 2019

TAKLIMAT KEMAJUAN PROJEK MRT KEPADA AHLI PARLIMEN (BATU KE BANDAR TUN RAZAK)

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan sesi taklimat umum yang kedua untuk ahli-ahli perundangan pada 22 Februari 2019 di Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia Utara.
Februari 20, 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TENTANG BIM OLEH LAND TRANSPORT AUTHORITY OF SINGAPORE

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada lawatan sambil belajar oleh Land Transport Authority of Singapore (LTA) dari 20 hingga 21 Februari 2019, diadakan di Ibu Pejabat MRT Corp.
Februari 20, 2019

KEMENTERIAN PERANCANGAN BANGLADESH MELAWAT MRT CORP

Satu delegasi dari Kementerian Perancangan, Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh telah melawat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn Bhd pada 20 Februari 2019.
Februari 13, 2019

Sesi Undian Bumiputera bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang ke-17

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan sesi undian yang ke 17 bagi menganugerahkan kontrak MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera Gred 1 hingga Gred 4. Sesi tersebut dijalankan di Ibu Pejabat MRT Corp pada 13 Februari 2019.