AwamPerjalanan MRTSoalan Lazim Perjalanan

Perlu tahu lebih lanjut mengenai info perjalanan?

Soalan Lazim Mengenai Operasi

Adakah Laluan MRT SBK telah beroperasi sepenuhnya?
Ya, Laluan MRT SBK telah beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017, dengan 31 stesen dibuka sepanjang 51km jajaran Laluan MRT. Perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang mengambil masa kira – kira 84 minit.

Apakah 31 stesen di sepanjang Laluan MRT SBK? 
1. SUNGAI BULOH *Pertukaran MRT dan Komuter KTM
2. KAMPUNG SELAMAT
3. KWASA DAMANSARA
4. KWASA SENTRAL
5. KOTA DAMANSARA
6. SURIAN
7. MUTIARA DAMANSARA
8. BANDAR UTAMA
9. TAMAN TUN DR ISMAIL
10. PHILEO DAMANSARA
11. PUSAT BANDAR DAMANSARA
12. SEMANTAN
13. MUZIUM NEGARA *Pertukaran MRT dengan Komuter KTM, ETS KTM, Laluan LRT Kelana Jaya, KLIA Transit dan KLIA Express
14. PASAR SENI *Pertukaran MRT dengan Laluan LRT Kelana Jaya
15. MERDEKA
16. BUKIT BINTANG *Pertukaran MRT dengan Monorail
17. TUN RAZAK EXCHANGE
18. COCHRANE
19. MALURI *Pertukaran MRT dengan Laluan LRT Ampang
20. TAMAN PERTAMA
21. TAMAN MIDAH
22. TAMAN MUTIARA
23. TAMAN CONNAUGHT
24. TAMAN SUNTEX
25. SRI RAYA
26. BANDAR TUN HUSSEIN ONN
27. BATU SEBELAS CHERAS
28. BUKIT DUKUNG
29. SUNGAI JERNIH
30. STADIUM KAJANG
31. KAJANG *Pertukaran MRT dengan Komuter KTM

Apakah frekuensi tren?
Frekuensi tren di waktu puncak adalah kira – kira 3 minit.

Adakah saya boleh bertukar ke perkhidmatan rel yang lain?
Laluan MRT SBK menyediakan sambungan ke perkhidmatan rel lain, dan membolehkan pengguna untuk bertukar dari satu perkhidmatan rel ke perkhidmatan lain, sekaligus membolehkan jangkauan perkhidmatan rel untuk berkembang lebih jauh melalui sambungan ini. Anda boleh berbuat demikian di stesen yang tersenarai di bawah:

  • KTM di Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kajang
  • LRT, KTM, ERL di Muzium Negara Station yang dihubungkan dengan KL Sentral melalui laluan pejalan kaki.
  • Laluan LRT Kelana Jaya di Stesen Pasar Seni
  • Laluan LRT Ampang di Stesen Merdeka dan Stesen Maluri
  • Monorail di Stesen Bukit Bintang
Soalan Lazim Mengenai Tambang

Berapakah tambang untuk MRT?

Tambang
(RM)
Tunai Tanpa Tunai
(Touch ‘n Go)
Mingguan Bulanan
Minimum 1.10 1.00 1.00 1.00
Maksimum 6.40 5.50 5.00 4.50

Tambang MRT bermula dari RM 1.10 sehingga tambang maksimum RM 6.40, berdasarkan struktur tambang tunai. Penumpang menikmati lebih penjimatan dengan menggunakan bayaran tanpa tunai melalui kad Touch ‘n Go. Struktur bayaran tanpa tunai bermula dari RM 1.00 sehingga RM 5.50.

Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas menikmati diskaun 50% dari kadar tunai. Kanak – kanak 7 tahun ke bawah menikmati perjalanan secara percuma.
(Nota: Kadar RM 1 yang dilaporkan di media merujuk kepada perjalan sehenti antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Merdeka, berdasarkan struktur tambang bulanan)

Bagaimana tambang dikira?
Tambang dikira berdasarkan tiga komponen: ‘nominal flag fall’, bayaran nominal untuk Sistem Perolehan Transit, atau Sistem Bersepadu Bayaran Tanpa Tunai; ditambah caj berdasarkan jarak perjalanan, dengan kadar menurun setiap empat atau lima kilometer.

Kiraan tambang adalah sama seperti perkhidmatan LRT dan monorel.

Adakah perkhidmatan MRT sejajar dengan perkhidmatan rel lain di Lembah Klang?
Ya, perkhidmatan MRT adalah berintegrasi dengan perkhidmatan rel lain di Lembah Klang.

Di mana saya boleh dapatkan jadual tambang yang terperinci untuk Laluan MRT SBK?
Jadual tambang untuk Laluan MRT SBK boleh didapati di laman web RapidKL, dan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di LRT, monorel dan stesen MRT Sungai Buloh – Kajang.

Merujuk kepada jadual tambang, bagaimanakah seseorang mendapat tambang yang lebih murah apabila ke stesen lebih jauh, berbanding tambang lebih murah apabila ke stesen yang berdekatan?
Selain dari ‘nominal flag flag’ dan bayaran nominal bagi Sistem Perolehan Transit (TAS), tambang juga dikira berdasarkan jarak perjalanan dan kadar menurun berdasarkan jarak perjalanan empat atau lima kilometer. Kadar unit/km bagi jarak perjalanan lebih pendek adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar unit/km bagi jarak perjalanan lebih panjang.

Contohnya, tambang tunai antara Sungai Buloh dan Bandar Utama yang berjarak 13.33 kilometer dikira berdasarkan: ‘Flag fall’ (RM 0.70) + TAS (RM 0.20) + (Jarak 13.33 km x kadar unit asas RM 0.22/km) = RM 3.80.

Pengiraan tambang tunai antara Sungai Buloh dan TTDI yang lebih jauh berbanding Bandar Utama; tetapi telah melangkaui blok harga unit/km yang lebih rendah, menyebabkan tambang relatif lebih murah seperti yang berikut: ‘Flag Fall’ (RM 0.70) + TAS (RM 0.20) + (Jarak 15.17km x kadar unit asas RM 0.18/km) = RM 3.70.

Adakah terdapat tambang minimum dikenakan apabila masuk dan keluar di stesen yang sama?
Ya, tambang minimum RM 0.80 akan dikenakan apabila anda masuk dan keluar di stesen yang sama.

Adakah saya perlu mengekalkan baki minimum apabila menggunakan bayaran tanpa tunai di MRT?
Pelanggan perlu mengekalkan baki minimum RM 3.00 apabila menggunakan bayaran tanpa tunai di MRT.

Adakah diskaun 50% yang diumumkan oleh YAB PM pada 17 Julai 2017 boleh digunakan untuk MRT? Berapa lamakah tempoh diskaun tersebut?
Ya, diskaun tersebut boleh digunakan untuk MRT, LRT, Monorail dan BRT. Tempoh diskaun dari 18 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017.

Saya pemegang kad konsesi. Adakah saya juga berpeluang untuk menikmati diskaun tambahan 50%?
Ya, anda juga akan menikmati diskaun 50%, selepas tambang konsesi anda.

Dimanakah saya boleh menyemak tambang MRT? Adakah MRT mempunyai perancang perjalanan untuk penumpang menyemak tambang?
Laman web RapidKL, dan di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di LRT, monorel serta stesen MRT Sungai Buloh – Kajang.

Saya tidak mempunyai kad Touch ‘n Go. Saya membeli token apabila melakukan perjalanan dengan MRT. Adakah saya akan menikmati diskaun 50%?
Ya, anda akan menikmati diskaun 50% apabila anda membeli token dari Mesin Token (TVM) semasa tempoh diskaun (18 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017).

Adakah saya akan menikmati tambahan diskaun 50% apabila saya berjalan dengan LRT/ Monorail/ BRT di antara 6 pagi sehingga 7 pagi di hari kerja?

Tidak, tambahan diskaun 50% tidak boleh digunakan apabila anda melakukan perjalanan di antara waktu promosi 50-6-7.

Soalan Lazim Mengenai Kaedah Bayaran

Apakah kaedah bayaran bagi Laluan MRT SBK?
Pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli token, menggunakan kad Touch ‘n Go bagi perjalanan tanpa tunai, atau menggunakan kad MyRapid yang telah dinaik taraf.

Bolehkah saya gunakan kad MyRapid untuk melakukan perjalanan di Laluan MRT SBK?
Ya. Bermula dari Julai 2017, kad MyRapid yang telah dinaik taraf boleh digunakan untuk perjalanan berintegrasi.

Adakah semua pintu menerima token?
Token diterima di semua pintu masuk. Bagi pintu keluar, slot token hanya tersedia di kedua – dua pintu akhir.

Adakah MRT mempunyai pintu yang ditetapkan untuk menerima token merah seperti di stesen LRT/Monorail?
Ya, di kedua – dua pintu akhir yang mempunyai lorong lebar.

Bagaimana saya boleh menyemak transaksi tambang? Adakah ia boleh didapati di internet?
Sekiranya anda pemegang kad Touch ‘n Go, anda boleh hubungi Careline Touch ‘n Go di 03-2714 8888 untuk menyemak transaksi tambang. Anda juga boleh layari laman web www.touchngo.com.my untuk maklumat lanjut mengenai e-penyata.

Bayaran tanpa tunai bagi MRT hanya boleh digunakan dengan kad Touch ‘n Go. Adakah pihak MRT menjual kad Touch ‘n Go di stesen? Berapa jumlah yang perlu saya bayar?
Ya, kad Touch ‘n Go boleh dibeli di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan, Laluan MRT SBK. Ia berharga RM 20.60, termasuk nilai tersedia RM10 dan GST RM 0.60.

Adakah stesen Laluan MRT SBK mempunyai mesin tambah nilai untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go?
Ya, pelanggan boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go di mesin tambah nilai yang terdapat di semua stesen Laluan MRT SBK.

Apakah perbezaan di antara kad Touch ‘n Go MRT SBK yang baru dengan kad Touch ‘n Go yang lain?
Kad Touch ‘n Go Laluan MRT SBK yang baru adalah sama seperti kad Touch ‘n Go yang lain.

Bolehkah saya menggunakan kad Touch ‘n Go MRT SBK yang baru di rangkaian RapidKL (LRT/Monorail/Bas/BRT) yang sedia ada?
Ya, anda boleh berbuat sedemikian.

Bolehkah saya menggunakan kad Touch ‘n Go yang sedia ada untuk perkhidmatan MRT?
Ya, anda boleh berbuat sedemikian.

Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk aktiviti tambah nilai di stesen?
Ya, bayaran RM 0.50 akan dikenakan. Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk tambah nilai di pusat tambah nilai yang lain tanpa bayaran tambah nilai RM 0.50. Antaranya adalah:

  • Pusat Pengalaman Pelanggan Touch ‘n Go
  • Pusat Perkhidmatan Pelanggan Touch ‘n Go
  • Spot Touch ‘n Go
  • Hub Kiosk Layan Diri (SSK) Touch ‘n Go
  • Kedai Buku MPH
  • Giant
  • KK Mart
  • Tesco
  • Guardian
  • Farmasi Caring
  • Watsons

Sekiranya saya berhenti menggunakan kad Touch ‘n Go, bagaimana saya boleh meminta bayaran balik untuk baki di dalam kad?
Anda boleh lawati hub Touch ‘n Go untuk bayaran balik.

Soalan Lazim Mengenai Pakej Mingguan dan Bulanan MRT

Adakah Laluan MRT SBK telah beroperasi sepenuhnya?
Ya, Laluan MRT SBK telah beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017, dengan 31 stesen dibuka sepanjang 51km jajaran Laluan MRT. Perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang mengambil masa kira – kira 84 minit.

Apakah 31 stesen di sepanjang Laluan MRT SBK? 
1. SUNGAI BULOH *Pertukaran MRT dan Komuter KTM
2. KAMPUNG SELAMAT
3. KWASA DAMANSARA
4. KWASA SENTRAL
5. KOTA DAMANSARA
6. SURIAN
7. MUTIARA DAMANSARA
8. BANDAR UTAMA
9. TAMAN TUN DR ISMAIL
10. PHILEO DAMANSARA
11. PUSAT BANDAR DAMANSARA
12. SEMANTAN
13. MUZIUM NEGARA *Pertukaran MRT dengan Komuter KTM, ETS KTM, Laluan LRT Kelana Jaya, KLIA Transit dan KLIA Express
14. PASAR SENI *Pertukaran MRT dengan Laluan LRT Kelana Jaya
15. MERDEKA
16. BUKIT BINTANG *Pertukaran MRT dengan Monorail
17. TUN RAZAK EXCHANGE
18. COCHRANE
19. MALURI *Pertukaran MRT dengan Laluan LRT Ampang
20. TAMAN PERTAMA
21. TAMAN MIDAH
22. TAMAN MUTIARA
23. TAMAN CONNAUGHT
24. TAMAN SUNTEX
25. SRI RAYA
26. BANDAR TUN HUSSEIN ONN
27. BATU SEBELAS CHERAS
28. BUKIT DUKUNG
29. SUNGAI JERNIH
30. STADIUM KAJANG
31. KAJANG *Pertukaran MRT dengan Komuter KTM

Apakah frekuensi tren?
Frekuensi tren di waktu puncak adalah kira – kira 3 minit.

Adakah saya boleh bertukar ke perkhidmatan rel yang lain?
Laluan MRT SBK menyediakan sambungan ke perkhidmatan rel lain, dan membolehkan pengguna untuk bertukar dari satu perkhidmatan rel ke perkhidmatan lain, sekaligus membolehkan jangkauan perkhidmatan rel untuk berkembang lebih jauh melalui sambungan ini. Anda boleh berbuat demikian di stesen yang tersenarai di bawah:

  • KTM di Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kajang
  • LRT, KTM, ERL di Muzium Negara Station yang dihubungkan dengan KL Sentral melalui laluan pejalan kaki.
  • Laluan LRT Kelana Jaya di Stesen Pasar Seni
  • Laluan LRT Ampang di Stesen Merdeka dan Stesen Maluri
  • Monorail di Stesen Bukit Bintang
Soalan Lazim Mengenai Perkhidmatan Bas Perantara

Adakah terdapat perkhidmatan bas perantara ke stesen MRT?
Ya, sejumlah 300 bas perantara telah diaturkan untuk menyokong 49 laluan di 23 stesen MRT.

Waktu operasi adalah dari 5.30 pagi sehingga 11.30 malam.

Maklumat mengenai bas perantara boleh didapati di laman web: www.myrapid.com.my

Adakah perkhidmatan bas perantara mengenakan tambang?
Ya. Tambang nominal RM 1 bagi setiap perjalanan telah ditetapkan untuk perkhidmatan bas perantara MRT. Warga emas, pelajar dan OKU menikmati diskaun 50%. Kanak – kanak 7 tahun ke bawah menikmati perjalanan secara percuma.

Tambang boleh dibayar secara tunai atau kad Touch ‘n Go.

Bagaimana warga emas, pelajar dan OKU mendapat diskaun 50% apabila menaiki bas perantara?
Mereka hanya perlu pamerkan kad pengenalan, kad pelajar (sekira tidak memakai uniform), atau kad OKU kepada Kapten Bas apabila menaiki bas perantara untuk menikmati diskaun 50%.

Talian Bantuan

Siapa yang boleh saya hubungi untuk bantuan?
Anda boleh berhubung dengan kami melalui:

i) Lawati Pusat Perkhidmatan Pelanggan yang terdekat di mana – mana stesen MRT.
ii) Hantar pertanyaan kepada Facebook Rapid KL: myrapid
iii) Hantar pertanyaan kepada Twitter RapidKL: @MyRapidKL
iv) Hubungi Talian Bantuan RapidKL di talian 03-7885 2855, di waktu yang berikut:

  • Isnin sehingga Jumaat: 7.00 pagi sehingga 8.30 malam
  • Sabtu dan Ahad: 8.30 pagi sehingga 5.30 pagi
  • (Tutup pada hari cuti umum)

v) E-mel kepada kami di suggest@rapidkl.com.my

Dimana boleh saya dapatkan maklumat mengenai operasi Laluan MRT SBK?
Pelanggan boleh layari laman web Prasarana di laman web www.myrapid.com.my
Pelanggan juga boleh merancang perjalanan di Perancang Perjalanan RapidKL yang terdapat di laman web tersebut.

Sumber: MyRapid