LALUAN MRT SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (SSP)

Reka Bentuk Stesen Bertingkat

Cadangan rekabentuk stesen bertingkat untuk MRT Lalauan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) adalah berpandukan konsep “Serambi”.

Konsep ini bertumpu kepada inspirasi interaksi/hubungan foyer/kawasan pintu masuk rumah dan ruang legar. Sebagai contoh kawasan pintu masuk “rumah kampung ataupun “rumah panjang”.

Rekabentuk ini adalah mudah dan tidak lapuk dek zaman; yang mana diperolehi daripada pelbagai konsep rekabentuk, termasuklah konsep “Zen” yang berasal daripada Jepun.

Aspek lain termasuklah ruang yang terbuka, pencahayaan dan pengudaraan semulajadi, efek visual semulajadi daripada penggunaan pencahayaan dan bayang-bayang.

Berbanding dengan rekabentuk stesen bertingkat MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK), tiang-tiang diasak ke bahagian tepi stesen, menjadikan stesen lebih terbuka dan berangin.

Reka Bentuk Stesen Bawah Tanah

Setiap stesen bawah tanah MRT Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) akan mempunyai tema tersendiri.

Cadangan rekabentuk terdiri daripada pemeliharaan pedesaan, memaparkan irama ombak, menggalakkan kesejahteraan, getaran, kehidupan, kebudayaan, pengacuan bentuk, diinspirasikan oleh alam semulajadi untuk menyelaraskan aliran.

Informasi Projek
Laluan SSP

Baca lagi

 

Peta Jajaran
Laluan 
SSP

Baca lagi

Pandangan
Hawk-eye

Baca lagi