Maklumat Teknikal

Laluan Sungai Buloh-Serdang- Putrajaya (SSP) mempunyai jarak 52.2km di mana 13.5km berada di bawah tanah.

Sebanyak 35 buah stesen, termasuk 24 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah, akan dibina.

Jajaran Bertingkat

JAJARAN bertingkat Laluan SSP akan dibina di atas jejambat yang terletak di atas tiang. Ketinggian jejambat bergantung kepada pelbagai faktor seperti bentuk muka bumi di kawasan tersebut dan sama ada ia perlu merentasi jalan raya.

 

Terowong

JAJARAN bawah tanah Laluan SSP akan dibina di dalam terowong. Terowong akan dibina menggunakan mesin pengorek terowong dan juga kaedah gali-dan-timbus. Kedalaman terowong bergantung kepada faktor-faktor seperti sama ada ia perlu mengelakkan apa-apa struktur bawah tanah dan keadaan geologi.

Ciri-ciri Teknikal
TREN ELEKTRIK
Bilangan penumpang setiap tren: 1,204
Bilangan set tren: 58
Bilangan gerabak setiap tren: 4
Kelajuan maksimum (km sejam) 100
Kawalan operasi tren Tren tanpa pemandu dikawal dari Pusat Kawalan Operasi
SISTEM KUTIPAN TAMBANG
Jenis sistem Sistem Tambang Automatik (AFC) yang menggunakan token dan kad elektronik
Penjualan tiket Mesin untuk penjualan tiket dan penambahan nilai
Struktur tambang Tambang yang berpatutan
Integrasi tiket Boleh digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang lain dan disepadukan dengan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu APAD
KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA
Pergerakan

• Blok sentuh untuk membantu orang kurang upaya penglihatan
• Tanjakan
• Butang lif yang rendah untuk pengguna kerusi roda
• Braille untuk butang lif

Kaunter Kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda
Tandas Tandas mesra OKU
SEMBOYAN DAN KAWALAN TREN
Sistem Perlindungan Tren Sistem Perlindungan Tren Automatik
• Membolehkan pengesanan dan kawalan tren berterusan
• Sistem kuncipanca untuk mengelakkan pergerakkan tren yang bercanggah
Sistem Operasi Tren Sistem Operasi Tren Automatik
• Membolehkan pengoperasian tren secara automatik
• Memastikan kelajuan tren yang selamat
• Memastikan prosedur membrek yang selamat
• Membuka dan menutup pintu tren secara automatik
Sistem Pengawasan Tren Sistem Pengawasan Tren Automatik
• Membolehkan kawalan dan pengawasan tren bersepadu
• Mengawal perjadualan dan mengenalpasti laluan tren secara automatik
• Membolehkan pengesanan tren
LANDASAN
Jenis Landasan Dikimpal secara berterusan tanpa celah antara rel
Kawalan tahap hingar dan gegeran dari landasan Reka bentuk terkini untuk memastikan tahap hingar dan gegaran yang rendah semasa tren beroperasi
BEKALAN KUASA
Sumber Bekalan daripada Tenaga Nasional Berhad melalui Pencawang Masuk Utama
Kuasa tarikan untuk tren Bekalan melalui Pencawang Kuasa Tarikan yang dibina untuk Projek
Bekalan kuasa kecemasan Bekalan kuasa tidak terganggu selama satu sehingga dua jam ketika gangguan berlaku atau bekalan tidak stabil

 

Ciri-ciri Keselamatan

MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) direkabentuk menepati piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, serta mematuhi peraturan-peraturan keselamatan Malaysia, untuk keselamatan dan evakuasi ketika kebakaran.

 

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI STESEN
  • Stesen mempunyai kakitangan
  • Sistem kawalan keselamatan
  • Diawasi dengan menggunakan kamera litar tertutup
  • Telefon bantuan untuk kegunaan penumpang
  • Terang
  • Dipasang dengan alat pengesan asap/api
  • Sistem pengumuman awam untuk pengumuman kecemasan

 

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI DALAM TREN
  • Interkom untuk penumpang menghubungi Pusat Kawalan Operasi
  • Kamera Litar Tutup di dalam tren
  • Sistem pengumuman awam dalam tren untuk pengumuman kecemasan
  • Prosedur evakuasi penumpang semasa kecemasan

 

KESELAMATAN LANDASAN
  • Orang tidak berkenaan dilarang masuk
  • Rel pembekal tenaga dilindungi rapi
  • Laluan pejalan kaki kecemasan yang selamat bersebelahan dengan tren yang digunakan untuk evakuasi tren

Peta Jajaran
Laluan 
SSP

Baca lagi

Tren Laluan SG. Buloh-
Serdang-Putrajaya
(SSP)

Baca lagi

Stesen Laluan Sg. Buloh-
Serdang-Putrajaya
(SSP)

Baca lagi