TREN LALUAN MRT SUNGAI BULOH-KAJANG (SBK)

Maklumat Teknikal Tren

Tren yang digunakan untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) adalah ringan, dibina mengunakan material yang berketahanan tinggi dan tidak-mudah terbakar, dan juga berkadar tinggi untuk diguna semula pada akhir perkhidmatannya.

Tren ini menggunakan penyaman udara yang efisien dan juga system pencahayaan yang mengurangkan penggunaan tenaga.

Kesemua tren MRT dilengkapi kerusi roda untuk golongan kurang upaya.

Terdapat 58 tren tanpa pemandu untuk Laluan SBK. Tren ini semua dipasang di Rasa, Hulu Selangor.

Kelajuan tren ini boleh mencapai 100km/h. Namun begitu, kelajuan purata semasa tren beroperasi ialah 70km/h.

Reka Bentuk Tren MRT

Rekabentuk tren MRT diinspirasikan daripada pelbagai ciri moden dan senibina di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas.

Tema rekabentuk tren MRT ialah “Cahaya Panduan” yang menggambarkan kekuatan dan kejituan aksara dan juga kemodenan dan kekal.

Tren ini direkabentuk oleh by BMW Group Designworks USA kejuruteraan oleh pakar pengeluar tren Siemens AG.

Bahagian dalaman tren MRT memaparkan persekitaran terbuka yang menarik dan segar, dengan menggunakan tiga variasi warna tona biru yang tahan dan mudah diselenggara.

Pusat Informasi
MRT

Baca lagi

Kiosk Informasi
MRT

Baca lagi

Trak Informasi
Mrt

Baca lagi