Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK)

Reka Bentuk Stesen Bertingkat

Seni bina stesen-stesen bertingkat di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah berdasarkan konsep wakaf. Wakaf merupakan sebuah struktur binaan tradisional Malaysia yang dibina sebagai tempat berhenti dan berehat untuk pengembara pada masa dahulu. Seperti wakaf tradisional, stesen-stesen bertingkat MRT adalah terbuka supaya dapat diterangi cahaya semula jadi dan mempunyai aliran udara yang baik.

Kemudahan
Bas Perantara
Facilities_mrt_icon_elevator
Eskalator
Facilities_mrt_icon_toilet
Tandas Awam
mrt_icon_retailspace
Peruncit
mrt_icon_parknride
Tempat Letak Kereta
mrt_icon_bicycleparking-01
Tempat Letak Motosikal
Facilities_mrt_icon_lift
Lif
mrt_icon_oku
Mesra OKU
Facilities_mrt_icon_surau
Surau
Facilities_mrt_icon_ticketmachine
Mesin Tiket Layan Diri
Facilities_mrt_icon_operator
Pusat Perkhidmatan Pelanggan
Tema Reka Bentuk 7 Stesen Bawah Tanah

Keseluruhan tema diinspirasikan daripada Batas Kuartza Klang Gates, daik kuartza tulen yang ditemui di Lembah Klang. Ciri
pelbagai segi kuartza dan refleksi kaleidoskopiknya secara simbolik menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
budaya dan progresif.

Bentuk pelbagai segi kuartza diolah ke semua tujuh stesen bawah tanah Laluan SBK melalui struktur bersegi, reflektif dan lutsinar.

Stesen Muzium Negara

Peralihan:
Stesen Muzium Negara yang terletak di antara Muzium Negara yang bersejarah dan pembangunan KL Sentral yang kontemporari. Elemen reka bentuk stesen ini memaparkan peralihan mod pengangkutan awam dari zaman dahulu hinggalah kini.

Stesen Pasar Seni

Pertemuan:
Terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, Stesen Pasar Seni menandakan tapak penubuhan Kuala Lumpur. Penggunaan elemen “Y” yang digayakan sebagai reka bentuk dalaman stesen melambangkan pertemuan. Reka bentuk stesen ini dipengaruhi oleh kekayaan sejarah dan kebudayaan Kuala Lumpur. Gabungan antara LRT, MRT dan bas perantara memudahkan dan melancarkan perjalanan orang ramai di pusat bandar.

Stesen Merdeka

Kemerdekaan:
Stesen Merdeka memaparkan semangat kebangsaan. Stesen yang terletak di bawah Jalan Hang Jebat, bersebelahan dengan mercu tanda bersejarah iaitu Stadium Negara dan Stadium Merdeka serta pembangunan KL118 akan datang. Paparan dinding di dalam stesen digunakan untuk memperingati pengisytiharan Hari Kemerdekaan dan Rukun Negara.

Stesen Bukit Bintang

Dinamik
Terletak di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, Stesen Bukit Bintang memaparkan tenaga dan semangat kawasan tersebut melalui paparan dinding stesen. Warna merah terang dan juga corak yang unik memancarkan keseronokan tempat di sekitar stesen itu.

Stesen Tun Razak Exchange

Korporat Islamik:
Stesen ini merupakan stesen bawah tanah yang terbesar Laluan SBK. Stesen ini merupakan stesen pertukaran di antara Laluan SBK dan Laluan SSP yang akan datang. Bentuk, corak dan kemasan dalaman stesen ini memaparkan ciri-ciri interpretasi konteks tema korporat Islamik.

Stesen Cochrane

Kehidupan Bandar:
Stesen Cochrane terletak di satu ruang plaza terbuka yang tidak diapit atau dilangkaui jalan. Pembangunan semula kawasan kediaman dan kemudahan ruang niaga di sekitar stesen memberi konteks kediaman yang lebih lembut bersesuaian dengan bentuk yang bertenaga dan warna harmoni dalam reka bentuk pintu masuk dan ruang dalaman.

Stesen Maluri

Generasi Baru:
Stesen Maluri terletak di tapak yang sedang menjalani pembaharuan bandar dengan begitu pesat yang akan merangkumi generasi baru. Ini mewujudkan peluang untuk menggunakan reka bentuk bandar bersesuaian dengan generasi baru, dengan lebih ringan dan lincah, untuk mencipta satu identiti baru dalam konteks bandar tempatan.

Pusat Informasi
MRT

Baca lagi

KIOSK INFORMASI
MRT

Baca lagi

 

Trak Informasi
Mrt

Baca lagi