AwamLaluan Sungai Buloh – Kajang (SBK)

LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG (SBK)

JAJARAN pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dengan jarak 51km.

Jajaran ini bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Sepanjang 9.5km jajaran ini akan dibina bawah tanah. Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah.

Fasa pertama jajaran Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, bermula operasi pada 16 Disember 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang mula beroperasi pada 17 Julai 2017 dan ini membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000 orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan.

Peta Transit
Berintegrasi Lembah
Klang
Stesen Laluan
SBK
Berminat untuk
melakukan perniagaan
dengan kami?
Peta Jajaran
Pencapaian

Informasi Projek Laluan
Sg. Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)

Baca lagi

 

Stesen Laluan Sg.
Buloh-Kajang (SBK)

Baca lagi

 

Tren Laluan Sg. Buloh-
Kajang (SBK)

Baca lagi